WABAK koronavirus (Covid-19) mempunyai pelbagai simptom yang masih menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan saintis. Walaupun ramai pesakit mengalami batuk dan demam panas, terdapat segelintir individu dilaporkan menunjukkan simptom berbeza. Malah ada di kalangan pesakit tidak menunjukkan sebarang gelaja jangkitan itu. Tetapi salah satu gejala yang memberi kesan kepada sebahagian pesakit adalah masalah usus. Satu kajian baharu yang diterbitkan American Journal of Gastroenterology, menganalisis data dari 204 pesakit Covid-19 di wilayah Hubei, China. Penyelidik mendapati hampir 50 peratus daripada mereka mengalami cirit-birit, muntah atau sakit perut. Isla Haslam seorang penduduk Balham di London mengalami simptom sakit perut sebelum disahkan positif Covid-19. Wanita berusia 29 tahun itu memberitahu Sun Online bahawa dia menjangka dirinya hanya mengalami keracunan makanan. Namun keesokan harinya dia mula mengalami gelaja virus Covid-19 termasuk sakit tekak dan keletihan. "Bangun tengah malam saya menyedari hidung saya tersumbat. Badan saya mengalami gatal-gatal, kepala rasa berat dan saya berpeluh," katanya. Masalah pencernaan juga tidak menyebabkan seseorang mengesyaki mereka sebenarnya dijangkiti Covid-19. Namun penulis kajian Hubei mendakwa seorang doktor melihat pesakit dengan masalah usus tiba-tiba berpotensi ada kontak dengan individu dijangkiti 'sekurang-kurangnya harus mempertimbangkan simptom tersebut.' "Kegagalan mengenal pasti pesakit ini lebih awal mungkin menyebabkan penyebaran penyakit ini tanpa disengajakan," katanya. Antara gejala lain termasuk hilang deria bau dan rasa secara tiba-tiba, sakit mata atau keletihan. - Dailystar.co.uk