suria

Saintis UK yakin vaksin Covid-19 sedia untuk diguna menjelang September

Uji kaji ke atas manusia dijagka bermula dalam tempoh dua minggu lagi. (Reuters)

PASUKAN saintis dari United Kingdom (UK) yakin vaksin Covid-19 mampu disiapkan menjelang September depan.

Kata Profesor Vaksinologi Universiti Oxford, Sarah Gilbert, keyakinan itu berada pada paras 80 peratus buat masa ini.

Malah, uji kaji ke atas manusia dijagka bermula dalam tempoh dua minggu lagi.

Dalam pada itu, kerajaan UK berkata, jika ia menunjukkan keputusan positif, mereka bersedia mengeluarkan belanja untuk menampung usaha itu.

Jika ujian itu berjaya, ia sekaligus membolehkan vaksin melawan Covid-19 tersedia kepada masyarakat dalam tempoh terdekat.

Biarpun jangkaan awal meletakkan vaksin itu mampu diperolehi dalam tempoh 18 bulan, dia yakin ia boleh disiapkan menjelang September.

"Saya rasa ada peluang tinggi ia akan berkesan apabila melihat kepada vaksin jenis hampir sama yang kami usahakan sebelum ini.

"Saya yakin dalam 80 peratus, itu pandangan peribadi saya," kata Gilbert.

Namun katanya, tiada sesiapa boleh menjanjikan bahawa ia betul-betul berkesan melawan Covid-19. - Mirror.

vaksin, Covid-19, UK, saintis

Artikel Lain