suria

Kek tisu tandas jadi penyelamat, kedai roti hampir gulung tikar kini ‘hidup’ semula

Kek tisu tandas ini 'menghidupkan' kembali bisnes kedai roti ketika musim penularan Covid-19.

KEDAI roti di Finland, Ronttosrouva hampir menggulung tikar sebelum dibanjiri pesanan pelanggan gara-gara kek berbentuk tisu tandas.

Pada Mac lalu, premis berkenaan hampir menutup operasinya apabila tempahan roti dibatalkan sejak penularan wabak Covid-19.

Pemilik premis itu, Sanna Lampinen berkata, bisnesnya 'hidup' semula selepas menghasilkan tisu gulung tandas dan memuat baik produk terbaharuitu di akaun media sosial Instagram.

Usaha yang dilakukannya membuahkan hasil hinggakan dia dapat membayar gaji pekerjanya dan menambah dua lagi kakitangan untuk memenuhi pesanan pelanggan.

Di Helsinki, hampir semua kedai roti mengalami masalah kewangan sejak bulan lalu susulan pembatalan tempahan.

Wabak koronavirus telah menghancurkan bisnes di Finland, malah ia juga menyebabkan orang ramai melakukan pembelian panik termasuk membeli tisu tandas dalam jumlah banyak.

Disebabkan situasi semasa, Lampinen mendapat idea untuk menghasilkan kek tisu tandas dan ia ternyata memberi hasil.

"Ia idea yang signifikan dengan situasi semasa ketika ini," katanya.

Kek itu dihasilkan menggunakan tepung gandum, krim markisa dan dilitupi dengan fondan putih serta pasta gula pekat.- kompas.com

tisu tandas, Finland, Sanna, Covid-19, roti

Artikel Lain