suria

Mesej isteri positif Covid-19 bongkar rahsia, lelaki didakwa membunuh

David didakwa kerana membunuh. Foto Doña Ana County Detention Center

SEORANG lelaki didakwa membunuh isterinya selepas mesej yang mencurigakan dihantar menerusi telefon mangsa yang memaklumkandijangkiti Covid-19.

Gretchen Anthony dilaporkan hilang pada bulan lepas, beberapa minggu selepas memfailkan tuntutan penceraian daripada suaminya, David, 43.

Dia kini dituduh menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk menyembunyikan kehilangan isterinya.

Ahli keluarga Gretchen memaklumkan kepada pihak polis bahawa mereka menerima mesej berkenaan daripada telefon mangsa berusia 51 tahun, selepas kehilangannya.

Mereka mendakwa bahawa Gretchen mengalami kes Covid-19 yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Satu mesej mendakwa Grectehn ditahan di sebuah klinik di Flora, Amerika Syarikat, manakala satu mesej lagi memaklumkan dia telah dipindahlan ke hospital dan menggunakan ventilator.

Bagaimanapun, semuanya terbongkar apabila ahli keluarga Gretchen menghubungi pihak klinik dan hospital.

Menurut laporan Washington Post, mereka memberitahu bahawa tiada nama Grectchen Anthony dimasukkan ke hospital.

Gretchen yang masih belum dijumpai, menyebabkan ahli keluarganya membuat laporan sebagai hilang dan memaklumkan polis berhubung mesej-mesej berkenaan.

Dua minggu kemudian, polis di Jupiter, Florida, menahan suami Gretchen, David, 43 dan didakwa kerana menculik dan membunuh.

Mayat Grecthen masih belum dijumpai dan polis kini meneruskan pencarian.

Pasangan itu memfailkan penceraian pada Februari. - Mirror UK

mesej, isteri, Covid-19

Artikel Lain