suria

Pelancong ingkar PKP didenda tulis ‘Saya minta maaf’ 500 kali

Pasukan polis mengarahkan pelancong menulis permohonan maaf kerana mengingkari PKP. Foto Daily Star

SEKUMPULAN pelancong yang ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) diarahkan untuk menulis permohonan maaf kepada polis.

Pihak berkuasa mengarahkan sekumpulan 10 pelancong untuk menulis 'saya minta maaf sebab tidak mengikut peraturan perintah kawalan' sebanyak 500 kali.

India melaksanakan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara, berkuat kuasa akhir Mac.

Ini bermakna orang awam hanya dibenarkan keluar rumah untuk urusan penting seperti membeli makanan dan ubat.

Bagaimanapun, polis mengesan sekumpulan pelancong yang bersiar-siar di Rishikesh.

Anggota polis, Vinod Sharma berkata, bandar itu berdepan dengan masalah di mana warga asing mengingkari peraturan tersebut.

Dia mendakwa, lebih 700 pelancong warfa asing dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel tinggal di kawasan itu sepanjang tempoh PKP.

Sharma memberitahu, hukuman yang lain daripada yang lain itu dengan menulis bagi memberi pengajaran kepada warga asing. - Daily Star



PKP, pelancong, minta maaf, Rishikesh

Artikel Lain