suria

Bosan duduk di rumah kerana Covid-19, gadis sedia khidmat mencari jodoh percuma

Rosy menghabiskan masa di rumah dengan membantu orang lain mencari pasangan. Foto Rosy Candlin

RAMAI yang berasa bosan duduk di rumah sepanjang musim Covid-19.

Bagaimanapun, seorang wanita menemui cara yang inovatif untuk menghiburkan diri sendiri.

Gadis berusia 26 tahun itu, Rosy Candlin, yang berkhidmat dalam urusan mengumpul dana, melancarkan servis mencari jodoh terutama mereka yang mencari cinta semasa musim Covid-19.

Servis tersebut tidak menjamin anda akan menemui pasangan hidup, tetapi sekurang-kurangnya anda mempunyai masa yang menyeronokkan.

"Saya fikir ia adalah satu idea yang bernas untuk mewujudkan servis mencari jodoh untuk mereka yang menjalani kuarantin ini," katanya kepada Metro.co.uk.

"Saya fikir idea yang inovatif dan waktu yang unik untuk dating tanpa perlu meninggalkan rumah dan berjumpa dengan orang.

"Jadi, kenapa tidak membantu mereka di luar sana dan mempunyai date kuarantin sendiri," katanya.

Rosy menegaskan bahawa perkhidmatan yang disediakan itu adalah percuma.

"Semuanya percuma, kerana saya sedang cuti bertugas dan saya tidak ada apa perkara yang boleh dilakukan," katanya.

Menurutnya, penggunaan servis itu adalah cukup mudah dengan hanya melayari laman web yang disediakannya, mengisi borang dengan butiran peribadi.

Rosy kemudian akan meneliti setiap borang dan memadankannya dengan seseorang.

Pemohon akan dimaklumkan menerusi e-mel bersama butiran untuk dihubungi serta arahan untuk melakukan video date. - Metro UK




jodoh, date, Covid-19

Artikel Lain