suria

Kecoh wanita bogel ingkar PKP lompat atas kereta peronda polis

GEMPAR apabila seorang wanita bertindak melompat ke atas sebuah kereta peronda polis dalam keadaan berbogel.

Insiden berlaku di luar mahkamah selepas dia didapati melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) di Sepanyol.

Wanita berusia 41 tahun itu sebelum ini dilaporkan ditahan selepas jiran menghubungi polis mengenai wanita berkenaan menimbulkan kekacauan dengan berbogel.

Kejadian pertama berlaku di resort Costa del Sol di Andalusia, di selatan Sepanyol.

Susulan pelepasannya dengan jaminan, wanita tersebut membuat kejutan apabila berbogel sekali lagi.

Lebih mengejutkan apabila dia bertindak naik ke atas sebuah kereta peronda polis.

Dia kemudiannya ditahan dan dibawa menggunakan ambulans. - Metro UK

bogel, PKP, kereta peronda, polis

Artikel Lain