suria

Budak perempuan hilang ditemui enam tahun kemudian dalam keadaan kelaparan di bilik hotel

Penelope ditemui di sebuah bilik hotel dalam keadaan kurus dan kelaparan.

SEORANG kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang pada 2014 ditemui dalam keadaan kurus tetapi masih hidup oleh ejen FBI, enam tahun kemudian.

Penelope Inks ditemui di sebuah hotel di  Madisonville, Texas, awal bulan ini, enam tahun selepas dia dilaporkan hilang pada usia 11 tahun.

Philip Klein, yang diupah oleh bapa Penelope untuk menjejaki anaknya itu berkata:"Dia menikmati makanan pertamanya. Dia enggan makan. Dia kurus, berat badannya sekitar 74 paun pada usia 16 tahun.

"Dia keliru siapa yang harus dipercayai, siapa yang tidak boleh dipercayai," katanya.

Heather melarikan anaknya itu setelah bekas suaminya diberikan hak penjagaan penuh ke atas Penelope.

Penelope kini dibawah jagaan pusat perlindungan kanak-kanak dan akan kembali ke pangkuan bapanya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan dan mental.

Gadis itu hilang bersama ibunya, Heather yang juga seorang model selepas bapa Penelope diberikan hak penjagaan terhadapnya.

Heather dilaporkan menggunakan beberapa nama palsu untuk mengelak dikesan pihak berkuasa yang memburunya kerana melarikan Penelope.

Remaja itu diselamatkan selepas ibunya menghubungi polis mendakwa bekas suaminya cuba meracunnya.

Penyiasat dapat mengesan lokasi panggilan dibuat dan menjumpai Penelope yang ditinggalkan dalam keadaan kelaparan di sebuah bilik hotel.

Heather kemudian ditangkap dan didakwa atas dakwaan menculik. - Metro.co.uk

Artikel Lain