SAINTIS berharap jutaan dos vaksin Covid-19 boleh didapati menjelang September. Ujian pertama kali vaksin itu ke atas manusia yang sedang dibangunkan di Universiti Oxford akan dimulakan minggu depan. Walaupun masih terlalu awal untuk berkata sama ada ia selamat atau efektif namun Profesor Sarah Gilbert yang menerajui kajian itu 80 peratus yakin ia akan berjaya. "Ini pandangan saya kerana saya bekerja dengan teknologi ini. "Saya fikir ia ada peluang besar untuk berjaya," katanya. Seramai 500 sukarelawan berusia antara 18 hingga 55 tahun direkrut untuk menyertai ujian peringkat awal dan pertengahan itu. Ujian seterusnya akan dilakukan di kalangan warga emas sebelum percubaan peringkat akhir membabitkan 5,000 orang. Meskipun ramai saintis di dunia berlumba-lumba menghasihkan vaksin Covid-19, vaksin dibangunkan Universiti Oxford itu antara salah satu kajian mencapai peringkat percubaan klinikal. - Mirror