suria

Covid-19: Jepun lanjut tempoh darurat hingga 31 Mei

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Foto: Reuters

KERAJAAN Jepun memutuskan untuk melanjutkan tempoh perintah darurat di seluruh negara sehingga penghujung Mei ini sebagai langkah untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

Kerajaan sudah memaklumkan parlimen mengenai keputusan itu setelah panel penasihat pakar perubatan meluluskannya pada pagi Isnin.

Perdana Menteri, Shinzo Abe dijangka membuat pengumuman menerusi sidang media pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Abe sebelum ini mengisytiharkan darurat selama sebulan untuk Tokyo dan enam wilayah lain pada 7 April, sebelum mengumumkan pelaksanaannya ke seluruh negara.

Perintah darurat itu akan berakhir pada Rabu, tetapi kerajaan melanjutkannya sehingga 31 Mei setelah melakukan mesyuarat bersama panel penasihat kerajaan.

Menteri ekonomi Yasutoshi Nishimura memberitahu parlimen bahawa jumlah kes yang baru dilaporkan mengalami penurunan tetapi kadar penurunannya tidak cukup cepat.

Lanjutan tempoh darurat itu dilakukan kerana terdapat kegusaran peningkatan jangkitan yang akan mengakibatkan sistem kesihatan negara itu lumpuh. - Kyodonews.net

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jepun, darurat, Covid-19

Artikel Lain