SEORANG budak lelaki berusia lima tahun ditahan polis gara-gara memandu tanpa lesen di Utah, Amerika Syarikat.Setelah disoal, dia berkata sedang dalam perjalanan ke California untuk membeli kereta mewah, Lamborghini.Menurut polis, dia pada mulanya menyangka kenderaan SUV itu dipandu oleh lelaki mabuk."Saya nyalakan siren dan kereta itu berhenti di tepi jalan. Saya juga fikir mungkin pemandu itu sakit."Bila dekat baru tahu pemandunya seorang budak," ujar pegawai tersebut.Lebih melucukan, kanak-kanak itu duduk di hujung kerusi kerana kakinya tidak cukup panjang untuk menekan pedal minyak dan brek.Jelas kanak-kanak itu, dia melarikan SUV berkenaan kerana ibunya enggan membelikan dia sebuah Lamborghini.Ibu bapanya kemudian dihubungi dan tiba di lokasi kejadian untuk membawa pulang anak mereka. - News.Sky. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!