suria

Ahli psikik dakwa Puteri Diana sampaikan mesej dari kubur, mahu Putera William selamatkan Harry

Ahli psikik itu turut menghantar surat kepada Putera William.

AHLI psikik kegemaran mendiang Puteri Diana mendakwa dia menerima mesej dari alam kubur.

Kata Healer Simone, Diana yang meninggal dunia pada 1997 berasa bimbang ke atas anak bongsunya, Putera Harry.

Ujarnya, kebimbangan itu susulan keputusan Harry dan isterinya yang mengundurkan diri daripada menjalankan tugas-tugas diraja pada tahun ini.

"Harry terpisah dengan semua yang disayanginya. Keluarga, kawan-kawan dan rakan askar.

"Diana kata, Harry kini berasa terasing dan ia menyeksakan anak lelakinya itu.

"Diana kata ia akan berakhir sebagai malapetaka," dakwa ahli psikik itu lagi.

Susulan itu, Simone turut menghantar surat kepada Putera William untuk membantu adiknya.

"Diana datang bercakap dengan saya. Saya lihat tubuhnya. Saya sangat bengang dan saya tulis surat pada William.

"Tetapi dia belum beri respon. Diana berjanji akan memerhatikan dua anaknya dan memberi sebarang amaran bahaya," kata Simone lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Puteri Diana, ahli psikik, kubur, mesej

Artikel Lain