SEORANG lelaki meninggalkan isteri yang baru dikahwininya beberapa jam selepas kembali ke United Kingdom (UK) dan merogol seorang wanita lain di dalam kereta miliknya. Sewaktu kejadian, Pevel Ocneanu, 30, keluar bersendirian manakala isterinya berehat di rumah di Hanley, Staffordshire, England. Mereka baru sahaja tiba di UK selepas melangsungkan perkahwinan di Romania. Sewaktu dirogol, mangsa yang baru keluar daripada sebuah teksi diserang dan ditarik masuk ke dalam kereta pelaku. Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong dan menghantuk kepala lelaki itu di pintu kereta sebelum menghubungi polis. Selepas ditahan, pelaku mendakwa dia diperangkap oleh mangsa. Setelah dibicarakan, dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh mahkamah. - Daily Star.