suria

Arab Saudi umum buka semula Makkah bermula 31 Mei

Makkah dibuka semula 31 Mei ini. Foto: Stringer - Anadolu Agency.

KERAJAAN Arab Saudi mengumumkan akan membuka semula Makkah pada 31 Mei ini.

Dilaksanakan dalam dua fasa pelan penyesuaian, keputusan itu membolehkan penduduk tempatan kembali menjalani kehidupan biasa.

Fasa pertama bermula 31 Mei yang mana pergerakan keluar masuk ke kota suci dibenarkan antara pukul enam pagi sehingga tiga petang.

Dari segi ibadah solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram, ia akan dibenarkan dengan langkah keselamatan sedia ada.

Fasa kedua pula bakal bermula pada 21 Jun yang mana orang ramai dibolehkan berada di luar rumah bermula enam pagi sehingga lapan malam.

Bagaimanapun, kafe dan kedai gunting rambut masih tidak dibenarkan beroperasi.

Bagi majlis perkahwinan dan pengebumian, hanya 50 individu dibenarkan pada satu-satu masa. - AA.Co.Tr.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Makkah, Arab Saudi

Artikel Lain