SEKITAR lima tahun lalu, tubuhnya kelihatan normal sahaja, persis insan-insan lain. Namun dalam tempoh itu, Amber Luke, 24, sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mencacah tatu di seluruh wajah serta badannya. Terbaharu, dia sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuat foto perbandingan sebelum dan selepas transfromasi. Perkongsian di Instagram itu turut menerima pelbagai reaksi orang ramai. Menurut Amber, dia memiliki lebih 100 tatu pada badannya. Kini, dia juga buntu untuk mendapatkan tatu baharu memandangkan badannya sudah dipenuhi dengan karya itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!