suria

Ingatkan kena batu karang, wanita terkejut disahkan hamil empat jam sebelum bersalin

Lizzie bersama anak perempuannya, Winnie June.

SEORANG cikgu balet menjangkakan dia hanya mempunyai masalah batu karang kerana sering mengalami kram di bahagian perutnya.

Namun sebaik tiba di hospital di terkejut apabila dia disahkan hamil empat jam sebelum bersalin.

Lizzie dari Bloomington berkongsi pengalaman dilaluinya itu di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular.

Dalam video itu dia bercerita detik dia dikejarkan ke wad kecemasan selepas mengalami kram perut pada 23 Jun tahun lalu.

Ketika pemeriksaan di hospital, doktor mendapati bukaan sudah lapan sentimeter.

"Saya akhirnya selamat bersalin malam itu juga," katanya.

Lizzie menyifatkan proses bersalin sebagai pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya.

"Saya dapat tahu saya hamil di bilik kecemasan, empat jam kemudian saya bersalin," katanya.

Lizzie menjelaskan dia tidak mengalami sebarang tanda kehamilan selain turut datang bulan seperti biasa.

Dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan diberi nama Winnie June. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kram perut, hamil, bersalin, wad kecemasan

Artikel Lain