SEORANG lelaki mendakwa dia menyaksikan satu kejadian paranormal selepas patung seramik milik isterinya, bergerak sendiri di dalam rak kaca. Chad Gassert mendakwa, ia adalah kejadian kedua yang disaksikannya membabitkan patung tersebut. Ketika melihat kejadian aneh itu kali pertama, Chad mengatakan bahawa dia pernah melihat patung-patung tersebut bergerak melintasi bilik, pada awal tahun ini. Chad berkata ketika kejadian dia sedang bersendirian di rumahnya di Ohio, Amerika Syarikat, sementara isterinya Victoria Andrews-Gassert berada di luar. Apabila berjaya menyaksikan sekali lagi kejadian aneh itu baru-baru ini, dia sempat merakam video namun apa yang dilihatnya cukup untuk membuatkannya lari bertempiaran. Warga maya yang menonton video tersebut menyifatkan kejadian itu menyerupai filem terkenal, Annabelle. Malah ada yang mencadangkannya agar berpindah dan membakar patung-patung tersebut. - Mirror.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!