suria

Tak potong kuku sejak 1979 hingga pernah cecah lebih 8 meter panjang... akhirnya rekod ‘lebur’ gara-gara terlibat kemalangan jalan raya

Panjang kuku Lee pernah direkodkan melebihi 8 meter yang melayakkannya meraih gelaran dalam Guinness World Record. Foto: FilmMagic

TIDAK pernah memotong kuku sejak tahun 1979!

Wanita bernama Lee Redmond ini akan mencelup kukunya ke dalam minyak zaitun hangat setiap hari, dan menggunakan berbotol-botol penggilap agar kukunya sentiasa dalam keadaan baik.

Paling panjang, kuku di kedua-dua belah tangannya pernah mencapai sehingga 8.65 meter keseluruhan - sekaligus melayakkannya meraih gelaran dalam Guinness World Record sebagai wanita yang memiliki kuku terpanjang.

Namun rekod wanita dari Salt Lake City, Amerika Syarikat (AS) ini 'lebur' gara-gara terbabit dalam kemalangan kereta yang menyebabkan kukunya patah.

Dia ketika itu berada di tempat duduk penumpang ketika kereta yang dinaiki berlanggar dengan tiga kenderaan lain.

Akibat perlanggaran itu, Lee tercampak keluar kereta.

Dia berkata: "Perkara pertama yang saya lihat adalah kuku dan saya mula menangis."

Sungguhpun pernah memegang rekod memiliki kuku paling panjang, namun kini tidak lagi di mana 'takhta' itu kini milik Ayanna Williams. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kuku, rekod, lebur, kemalangan

Artikel Lain