suria

Tempurung kepala retak terkena peluru getah ketika sertai protes Black Lives Matter

Wanita ini menceritakan detik-detik insiden yang mencederakannya di media sosial. Foto: Getty Images/Twitter

SEORANG wanita mengalami keretakan tempurung kepala selepas terkena tembakan peluru getah sewaktu menyertai demonstrasi aman Black Lives Matter, pada Ahad.

Latoya Ratlieff berkata, ketika kejadian, dia mahu bergerak pulang selepas menyertai demonstrasi selama lebih dari tiga jam.

"Saya menuju ke kereta saya untuk pulang. Ketika sedang berjalan, saya perhatikan orang ramai mula bergaduh di satu kawasan,"tulis Ratlieff.

"Saya dapat tahu bahawa para peserta demonstrasi marah apabila seorang polis bertindak menolak seorang gadis yang sedang melutut," katanya.

Tambah wanita itu, dia dan beberapa yang lain cuba menenangkan kumpulan tersebut dan mereka berlutut di tanah, namun secara tiba-tiba pasukan polis melepaskan gas pemedih mata.

"Kami terpaksa berlari kerana sesak nafas dan pada ketika itulah dalam beberapa saat kemudian saya ditembak,"ujarnya.

Dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Broward, Florida dan berkongsi cerita mengenai insiden itu di Facebook. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain