SEORANG wanita menerima kejutan rakan-rakannya selepas dia membatalkan perkahwinan kerana kecurangan bakal suaminya. Menurut Cherie Blanchard-Wood, dia sepatutnya berkahwin pada minggu lalu. Namun, dia mendapat tahu bakal suaminya itu pernah curang dan meniduri wanita lain pada November tahun lalu. Kemudiannya, wanita dari Oundle, Northants itu memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan. Pada hari yang sepatutnya menjadi tarikh bersejarah itu, dia sekadar duduk di rumah. Namun tidak lama kemudian, dia didatangi beberapa rakan yang cuba menceriakan dirinya. Malah, mereka turut tampil dengan poster menghiburkan bagi menghilangkan rasa sedih wanita itu. "Perintah berkurung Covid-19 bukan penghalang perkahwinan, tetapi sikap miang dia yang menjadi punca," tulis rakannya dalam satu poster. Malah, mereka turut berkongsi kisah itu di media sosial sehingga menarik perhatian ramai. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!