suria

Disahkan positif Covid-19 selepas beli ikan di sebuah pasar basah

Tang mengalami demam beberapa hari selepas berkunjung ke sebuah pasar basah di Beijing, China.

SEORANG bapa menjadi individu pertama disahkan positif Covid-19 pada gelombang kedua penularan wabak itu di Beijing, China selepas berkunjung ke sebuah pasar basah.

Tang pergi ke pasar basah tersebut kerana anak-anaknya mahu makan ikan.

Lelaki berusia 52 tahun itu berkata:"Saya mahu membeli ikan. Anak-anak saya mahu makan ikan. Kemudian saya dijangkiti Covid-19."

Dia dibawa ke hospital selepas mengalami demam pada Rabu.

Beijing merekodkan 158 kes baharu dalam tempoh seminggu.

China memperketatkan langkah kuarantin disebabkan jangkitan terbaharu itu.

Tang memberitahu pihak berkuasa bahawa pasar basah itu satu-satunya tempat dikunjungi dalam tempoh dua minggu lalu.

Namun dia menyenaraikan 38 kontak rapatnya sepanjang tempoh tersebut.

Difahamkan sekurang-kurangnya dua lagi individu di wilayah itu turut disahkan positif Covid-19 selepas berkunjung ke pasar basah tersebut. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain