SEORANG gelandangan berjaya menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang dengan berpura-pura dijangkiti Covid-19. Gelandangan tersebut menyamar sebagai pelancong yang baru pulang dari luar negara dan diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel mewah di Auckland, New Zealand. Ahli Parlimen Parti Nasional Michael Woodhouse mendakwa:"Salah sebuah hotel bertaraf lima bintang menempatkan seorang gelandangan selama beberapa minggu dengan alasan dia baharu saya pulang dari luar negara." "Sebaik sahaja dia mahu mendaftar keluar, lelaki itu diminta untuk memberikan alamat tempat tinggalnya tetapi gagal berbuat demikian dan memberitahu dia sebenarnya seorang gelandangan. "Dia tidak pulang dari luar negara, dia hanya beratur bersama yang lain dua minggu lalu dan menghabiskan masanya menikmati kemudahan disediakan kerajaan. Insiden itu berlaku setelah seorang pelancong mendakwa dirinya sakit dan perlu ke hospital kelihatan bingung selepas terdengar mengenai perintah kuarantin wajib selama 14 hari. Malah dia mendakwa tidak dimaklumkan sesiapa mengenai perkara itu di Lapangan Terbang Heathrow. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!