suria

Pesakit Covid-19 maut selepas keluarga matikan ventilator untuk hidupkan suis penghawa dingin

Pesakit tersebut gagal diselamatkan.

SEORANG pesakit Covid-19 yang kritikal dilaporkan meninggal dunia selepas ahli keluarganya mematikan ventilatornya untuk menghidupkan suis penghawa dingin.

Lelaki itu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital MBS dekat Rajasthan, utara India.

Menurut laporan media tempatan, ahli keluarganya datang melawat pesakit itu pada malam Isnin.

Ketika duduk di dalam bilik rawatan, mereka mula rasa panas dan mematikan suis ventilator untuk menghidupkan penghawa dingin.

Beberapa minit kemudian keadaan pesakit itu semakin parah selepas ventilator kehabisan bateri.

Ahli keluarganya memaklumkan doktor yang melakukan CPR tetapi gagal menyelamatkan lelaki tersebut.

Mangsa akhirnya meninggal dunia di hospital tersebut.

Ahli keluarga pesakit kemudiannya dilaporkan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kakitangan hospital selepas kematiannya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain