SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menemui selaras senapang berisi peluru. Penemuan mengejutkan itu ketika budak tersebut sedang bermain di luar rumah. Dalam kejadian di Liverpool, United Kingdom pada Ahad, senapang tersebut ditemui berdekatan penjana eletrik. Polis menerima panggilan pada kira-kira pukul 2.20 petang waktu tempatan dan bergegas ke lokasi kejadian di Knotty Ash, Merseyside. Kanak-kanak itu bernasib baik apabila senjata tersebut terus diberikan kepada neneknya, yang kemudian membuat panggilan kecemasan. Menurut Ketua Polis Merseyside, Inspektor Peter Cark, kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. "Saya menggesa kepada sesiapa yang melihat seseorang yang disyaki mencurigakan, supaya menghubungi kami. "Adalah tidak selamat untuk mengendalikan, menyimpan, menggunakan atau menyembunyikan senjata," katanya. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!