suria

Pakar dakwa virus Covid-19 semakin lemah, vaksin mungkin tidak diperlukan

Professor Bassetti mendakwa virus tersebut akan mati dengan sendirinya.

PANDEMIK Covid-19 mungkin berakhir tanpa memerlukan vaksin, kata pakar perubatan.

Profesor Matteo Bassetti, pakar penyakit berjangkit dari Itali mendakwa jangkitan itu berubah daripada ‘harimau agresif’ kepada ‘kucing liar’.

Malah katanya, kita mungkin tidak memerlukan vaksin untuk virus yang telah menggorbankan 465,000 nyawa di seluruh dunia kerana ia boleh mati dengan sendirinya.

Dakwaan itu bagaimanapun telah dipertikaikan pakar perubatan lain.

"Ia seperti harimau agresif pada Mac dan April tetapi sekarang ia seperti kucing liar.

"Malah pesakit warga emas berusia antara 80 atau 90 tahun kini menerima rawatan di hospital tanpa alat bantuan pernafasan," kata Profesor Bassetti kepada Sunday Telegraph.

Beliau berpendapat virus itu berubah menjadi semakin lemah sejak akhir-akhir ini.

Tambahnya mungkin ada beberapa penjelasan untuk keadaan ini termasuk perintah berkurung yang mengurangkan risiko orang ramai daripada terdedah kepada jangkitan tersebut.

Itali mencatatkan 49 kematian akibat Covid-19 pada Sabtu berbanding 47 hari sebelumnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain