SEORANG wanita ditetak hingga mati menggunakan sebilah pedang samurai di kediamannya. Jean Eagers, 57, meninggal dunia dalam pembunuhan kejam di Ireland yang turut disaksikan anak lelakinya. Anak lelakinya cuba meminta bantuan jiran di kediaman mereka dekat Hartstown, Blanchardstown, pinggir Dublin. Polis dan pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.30 pagi. Polis juga terpaksa memecah masuk rumah itu dan berjaya merampas beberapa senjata termasuk sebilah pedang samurai dan pisau pemotong daging yang digunakan dalam serangan maut itu. Seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan di Stesen Blanchardstown Garda. Saksi mendakwa terdengar bunyi tembakan semasa polis tiba di lokasi kejadian. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!