suria

Wanita terima ugutan bunuh selepas kongsi foto makan aiskrim di taman

Ash terkejut menerima pelbagai mesej kecaman dan ugutan di laman sosialnya.

SEORANG wanita menerima ugutan bunuh selepas dia berkongsi satu foto di laman sosial miliknya pada Ahad.

Wartawan yang juga pensyarah dikenali sebagai Ash Sarkar itu memuat naik foto sedang menikmati aiskrim di sebuah taman di Springfield, London.

Bagaimanapun, dilaporkan berlaku satu serangan di Taman Frobury, Reading pada hari sama dia memuat naik foto itu.

Tiga individu dilaporkan meninggal dunia dan tiga lagi mengalami kecederaan parah.

Biarpun tidak mempunyai sebarang kaitan, beberapa individu menyifatkan posting wanita itu membawa simbolik kepada kejadian berkenaan.

Ia turut dikaitkan dengan emoji tigi biji buah oren yang digunakan di dalam kapsyen.

Menurut seorang idndividu, tiga emoji itu menggambarkan tiga individu yang terkorban.

Kata Ash, dia terkejut apabila dihujani pelbagai mesej dan ugutan.

Malah, alamat tempat kerjanya turut disebarkan. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ash Sarkar, wartawan, serangan, aiskrim

Artikel Lain