suria

Lelaki pandu kereta terjun bukit selepas mengaku gay pada isteri

Kejadian berlaku di England pada November tahun lalu.

TIDAK lama selepas mengaku dirinya gay, lelaki ini membunuh diri dengan memandu laju sehingga keretanya terjunam dari sebuah bukit di Sidmouth, England.

Perkara itu didedahkan menerusi satu inkues yang kini sedang berlangsung.

Menurut seorang saksi, dia melihat Richard David memandu laju ke arah tebing bukit pada satu pagi pada November 2019.

"Kereta itu sangat laju dan saya terpaksa beralih ketepi.

"Saya lihat keretanya terjunam jatuh ke bawah. Saya terkejut," dedah saksi itu.

Dia lantas menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu.

Menurut isterinya, Linda, suaminya mendedahkan kecenderungan seksual sebagai gay pada bulan sama sebelum dia meninggal dunia.

"Dia kata dia tak berani untuk tamatkan riwayat. Saya kata jangan lakukan, tapi dia pula kata perlukan ruang.

"Saya masih tak percaya perkara ini berlaku, ia membuatkan saya cukup terkejut.

"Dia memang ada depresi. Tapi sebelum ini dia tidak pernah cuba membunuh diri," kata Linda lagi. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Richard David, gay, bunuh diri

Artikel Lain