suria

Guna logo mahkota atas tandatangan, isteri Putera Harry terima kecaman ramai di media sosial

Putera Harry bersama isterinya, Meghan Markle.

ISTERI kepada Putera Harry iaitu Meghan Markle teruk dikecam di laman sosial.

Ia susulan tindakan bekas pelakon itu menggunakan logo mahkota di atas tandatangannya dalam sebuah surat.

Untuk rekod, surat itu dikeluarkan untuk tujuan acara sukan kebajikan StreetGames.

Namun, pengguna media sosial menganggap penggunaan logo monogram mahkota itu sebagai tidak sesuai dengan keputusan mereka yang sebelum ini mahu berehat dari tugas-tugas anggota diraja.

"Mereka perlu keluarkan logo itu.

"Kalau bukan anggota diraja, jangan ada mahkota," komen beberapa individu.

Namun, ramai juga yang tidak kisah akan hal itu dan memuji Harry serta Meghan yang melibatkan diri dalam acara kebajikan.

Malah, mereka turut dipuji atas khidmat bakti dalam memberi impak kepada golongan yang terkesan dek Covid-19. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain