BIARPUN kes Covid-19 masih belum berakhir, ramai yang degil dan enggan mengikuti segala saranan kerajaan. Terbaharu, seroang wanita di Jharsuguda, Odisha, India, mengajurkan sambutan hari lahir anaknya. Akibatnya, 17 tetamu kini dijangkiti Covid-19. Wanita itu bersama keluarganya pulang dari Gurugram pada 6 Jun dan perlu menjalani sesi kuarantin 14 hari. Namun, dia tidak menghiraukan arahan itu dengan menganjurkan acara sambutan hari lahir. Wanita itu sendiri diuji positif pada 15 Jun. Sehingga hari ini, 17 individu lain turut disahkan positif. Malah, pihak berkuasa kini masih menjalankan pengesanan kontak rapat kes tersebut. Kawasan itu juga sudah diisytiharkan sebagai zon bahaya akibat kes berkenaan. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!