suria

Lelaki masukkan belut hidup dalam punggung, jalani pembedahan selepas seminggu tahan sakit

Belut itu bagaimanapun sudah mati sewaktu ia dikeluarkan.

SATU video tular memaparkan seekor belut sepanjang 15 inci dikeluarkan dari punggung seorang lelaki.

Menurut laporan, lelaki berusia 50-an itu memasukkan belut hidup ke dalam punggungnya.

Akibat perbuatan itu, dia mengalami kesakitan selama seminggu sebelum dibawa ke sebuah hospital di Guandong, China.

Menurut ketua pasukan bedah, Dr Li Jian pada 19 Jun lalu, mangsa mengalami simptom kesakitan lain termasuklah kesukaran untuk berkomunikasi.

"Sewaktu imbasan, kami nampak ada benda asing tapi tak dapat nak pastikan.

"Selepas itu baru kami tahu ia seekor belut," ujarnya.

Kata Dr Li, belut itu sudah mati sewaktu ia dikeluarkan.

Tambahnya, perbuatan lelaki itu turut menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria dalam abdomen. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

belut, hospital, pembedahan

Artikel Lain