SEORANG lelaki warga Britain ditahan sewaktu cuba menyeludup dadah ke Belgium dengan menggunakan kemaluan palsu. Lelaki itu tiba di Lapangan Terbang Brussels pada 8 Februari lalu, menaiki sebuah penerbangan dari Jamaica. Polis kemudiannya menemui 127 gram cocaine yang disimpan dalam zakar palsu yang dibawa. Dia kemudiannya turut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Ujar lelaki itu, dia sebenarnya ditawarkan dadah oleh seorang kenalan sewaktu menziarahi ibunya di Jamaica. Menurut pasukan pendakwa, mereka tidak dapat membuktikan bahawa lelaki itu dijadikan sebagai keldai dadah. Namun, mereka memohon hukuman penjara selama 36 bulan sahaja. Dia dijangka dijatuhkan hukuman pada Rabu ini. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!