suria

Transformasi ruang bawah tanah, kini jadi apartmen mewah

Transformasi ini dilakukan dalam masa tiga tahun setengah sejak 2017.

PELUNCUR salji Britain, Jamie Barrow mengejutkan ramai dengan sentuhan magisnya dalam melakukan transformasi rumah.

Cukup dikenali dalam bidang sukan, siapa sangka dia juga berbakat sebagai pereka hiasan dalaman?

Malah, dia kini sudah melakukan transformasi ke atas enam hartanah termasuklah projek terbaharu yang menerima pujian ramai.

Pada 2017, dia membeli sebuah rumah dan menyedari ia mempunyai ruang bawah tanah.

Biarpun kelihatan usang dan menakutkan, Barrow menyedari potensi ruang tersebut sebelum tampil dengan idea sendiri.

"Agak menakutkan untuk turun ke situ pada waktu malam sendirian. Ia seperti babak filem seram.

"Namun saya nampak hartanah ini ada potensi," ujarnya.

Mengambil masa tiga tahun setengah, dia berjaya mengubah ruang dalam kediaman itu sehingga ia kelihatan seperti apartmen mewah.

Malah, dia juga menawarkan rumah itu kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membelinya. - Bored Panda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain