suria

Wanita positif Covid-19 meninggal selepas koma sebulan, tak sempat peluk bayi sebaik dilahirkan

Sarah meninggal dunia tanpa sempat memeluk bayi lelakinya.

SEORANG wanita disahkan positif Covid-19 semasa hamil dipisahkan dengan bayinya yang baru dilahirkan telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Lebih memilukan, Sarah Scully yang koma selama sebulan tidak berpeluang mendakap bayi lelakinya itu sebaik saja dilahirkan.

Seorang jururawat menunjukkan kepada Sarah sekeping gambar bayi lelakinya yang tidak dipernah didakapnya kerana dia dijangkiti Covid-19.

Ibu Sarah turut bersedih dengan nasib menimpa anaknya itu.

"Dia tidak berpeluang memeluk bayinya yang baharu dilahirkan.

"Kami amat rapat, dia sering bertanya nasihat kepada saya, kami seperti kawan baik," katanya.

Elizabeth berkata dia tidak sihat sejak awal April lalu selepas mengambil alih tugas rakannya yang jatuh sakit selama lapan hari di sebuah pusat kesihatan mental.

Sarah yang sedang sarat hamil turut mengadu tidak sihat selepas itu.

Mereka kemudiannya disahkan positif Covid-19 dan diarahkan untuk menunggu keputusan ujian saringan selama lima hari.

Namun keadaan Sarah semakin teruk dan memaksa ibunya menghantarnya ke sebuah hospital di Birmingham. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

wanita, hamil, meninggal, Covid-19

Artikel Lain