suria

Budak perempuan alami detik ngeri, keluar ‘air mata darah’ setiap hari

Seorang ibu mendakwa darah keluar dari mata anaknya. Foto BMJ Case Reports

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun didakwa mengalami pendarahan keluar dari matanya.

Ibu kanak-kanak itu cuba mendapatkan bantuan di sebuah klinik di New Delhi, India selepas anak perempuannya mula mengeluarkan air mata darah setiap hari.

Dia mendakwa, kejadian yang menimpa anaknya telah berlaku selama kira-kira seminggu.

Walaupun darah mengalir keluar, kanak-kanak itu bagaimanapun tidak mengadu sakit.

Menurut ibu kanak-kanak itu, kesakitan tidak dialami anaknya walaupun ia menitis selama beberapa minit, sebanyak dua atau tiga kali sehari.

Susulan pemeriksaan lanjut, didapati gadis itu mengalami haemolacria, satu keadaan yang jarang berlaku di mana terdapat darah dalam air mata.

Kes ini telah didokumentasikan dalam The BMJ, jurnal kajian perubatan mingguan, yang menyebut bahawa penyakit itu jarang-jarang berlaku tetapi terdapat banyak contoh yang telah didokumentasikan sebelum ini.

Ibu kepada kanak-kanak itu memberitahu kejadian itu benar-benar membuatkan mereka takut dan bimbang.

"Saya takut dengan keadaan kesihatan anak perempuan saya. Darah yang keluar dari matanya amat mengerikan," katanya.

"Saya harap kejadian ini tidak berulang lagi pada masa akan datang," tambahnya.

Pakar di klinik tidak menyedari punca keadaan tersebut dan terus membuat pemantauan selama beberapa hari.

Terdapat kekangan berhubung perkara tersebut, punca utama kerana ia merupakan keadaan yang jarang-jarang berlaku. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kanak-kanak, darah, air mata,

Artikel Lain