suria

Buang pisau dalam tong sampah, wanita ditahan selepas potong kemaluan ayah kandung

Suspek ditahan polis pada Rabu lalu.

SEORANG wanita didakwa memotong kemaluan bapanya sebelum membuang pisau yang digunakan dalam tong sampah sebuah pasaraya.

Boonyada Chanchuang, 29, didakwa bertindak kejam ke atas Kasem Bunyachon, 58, selepas mendapat tahu dua kes mengenai tuduhan rogol bapanya.

Namun, dua kes yang dikaitkan dengan bapanya sudah berlaku dua dekad yang lalu.

Dia ditahan pada Rabu di Bangkok, Thailand selepas polis meneliti bukti rakaman CCTV sebuah pasaraya.

"Saya tidur dengan tenang semalam dan mahu mereka yang terlibat dengan pelacuran kanak-kanak dihukum," ujar suspek sewaktu berada di balai polis.

Namun kata polis, mereka belum mendapat kenyataan mana-mana saksi untuk mengesahkan dakwaan wanita itu.

Menurut ibunya, suspek dijaga mangsa sejak berusia tiga hingga 10 tahun.

Malah, dia turut menyifatkan mangsa sebagai bekas suami yang kejam dan pernah menyakiti suspek sewaktu kecil. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kemaluan, perogol, anak, pisau

Artikel Lain