suria

Rambut jadi aset, Rapunzel raih ramai pengikut IG... suka jadi perhatian lelaki

Malgorzata Kulczyk kini memiliki lebih 10,000 pengikut di Instagram.

SEORANG wanita berambut panjang yang digelar Rapunzel dunia nyata mengakui kelebihannya itu menjadi tarikan lelaki.

Kata Malgorzata Kulczyk, dia menyimpan rambut itu sejak berusia tujuh tahun.

Kata wanita berusia 34 tahun itu, dia kali terakhir memotong rambut sekitar lima tahun lalu.

Menetap di London, dia memiliki rambut sepanjang lebih 1.5 meter.

Malah, dia kini turut meraih populariti sehingga menerima lebih 10,000 peminat di Instagram.

"Lelaki sukar percaya ia rambut sebenar. Mereka kata ia hebat dan cantik. Ada yang jatuh cinta dengan saya kerana rambut.

"Ada juga orang yang cemburu. Ada rakan sekerja minta saya potong rambut.

"Tapi dia kini juga cuba simpan rambutnya panjang," katanya.

Ujar wanita itu lagi, kesabaran amat diperlukan jika mahu memiliki rambut panjang.

Malah katanya, dia juga perlu makan makanan sihat untuk menjaga kualiti rambut di samping penggunaan produk yang betul. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Malgorzata Kulczyk, Rapunzel, rambut

Artikel Lain