SEORANG wanita menyelar tindakan guru yang menghalau anaknya pulang kerana memakai kasut yang salah pada hari pertama pembukaan sekolah pada Isnin. Isabelle Celmer, 15, hadir untuk mengikuti pengajian di Sekolah Universiti Birmingham, London selepas ia ditutup kerana perintah berkurung Covid-19 selama tiga bulan sebelum ini. Beberapa minit selepas tiba ke sekolah, dia kemudiannya dipaksa pulang kerana memakai kasut sukan. Ujar ibunya yang dikenali sebagai Laura, sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk melaksanakan peraturan sebegitu. "Ini mengarut. Kenapa mereka fikir dan risau benda yang tidak penting sekarang? "Kanak-kanak dah tak bersekolah selama tiga bulan. Sudah tentu pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu merupakan satu keutamaan," ujarnya. Ia ternyata berbeza dengan sekolah lain yang mana peraturannya sedikit longgar dek pandemik yang melanda. "Dia pakai seragam lengkap. Cuma kasut sahaja. Dengan pandemik sekarang, kamu patut risau perkara lain," ujar wanita itu lagi. - The Sun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!