suria

Warga emas nyaris ditimpa ular jatuh dari langit, tak anggap ‘mimpi ngeri’

Seekor ular besar nyaris menimpa seorang warga emas. Foto Chris Tredwell/SWNS

SEORANG penjaga anjing nyaris ditimpa oleh seekor ular besar yang jatuh dari langit.

Chris Tredwell, warga emas berusia 75 tahun, terkejut apabila reptilia sepanjang satu meter itu melibas hidungnya selepas ia dijatuhkan oleh seekor burung gagak.

Pada mulanya, dia menyangka benda yang dijatuhkan itu adalah tali sebelum ia kemudian bergerak.

Burung gagak tersebut mungkin menjatuhkan reptilia itu semasa terbang lebih tinggi.

"Saya tidak tahu siapa yang paling terkejut - ular atau saya. Semasa ia terjatuh, ia sedikit terkejut.

"Ia adalah ular paling besar yang pernah saya lihat," katanya.

Walaupun ramai mengatakan bahawa dia mengalami 'mimpi ngeri' dalam kejadian di Hartsholme Country Park, di Lincoln di England minggu lalu, dia bagaimanapun mendapati ular tersebut tidak berbahaya.

Dia pada awalnya menganggapnya ular berbisa, tetapi berasa lega apabila mendapati ia adalah ular rumput, yang tidak berbahaya bagi manusia.

"Segelintir orang kata ia adalah mimpi ngeri tetapi jujurnya saya tidak takut. Ia merupakan suatu penghormatan untuk melihat sesuatu seperti itu berlaku," tambahnya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ular, burung gagak, penjaga anjing,

Artikel Lain