suria

Gara-gara cemburu, wanita tergamak pijak, tikam anak tiri 4 tahun hingga mati

Pen yang digunakan Sanima untuk menikam anak tirinya sehingga mati.

SEORANG wanita didakwa memijak dan menikam anak tirinya berusia empat tahun dengan pen sehingga mati gara-gara cemburu dan berang dengan tindakan suaminya.

Wanita warganegara Indonesia berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Sanima didakwa melakukan perbuatan kejam itu di kediaman mereka dekat Pinrang, Selatan Sulawesi.

Menurut laporan polis, Sanima memijak anak tirinya dikenali sebagai Mutiara sebelum mengambil pen dan menikamnya berkali-kali di dada.

Sanima cuba mendapatkan pertolongan untuk Mutiara tetapi dia disahkan meninggal dunia selepas itu.

Polis berkata Sanima yang mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu yang tinggal bersama keluarga baharunya menyerang Mutiara kerana mangsa merupakan anak kesayangan suaminya.

Suspek didakwa berang apabila suaminya menyuruhnya menghantar anaknya untuk tinggal bersama bekas suaminya.

Hasil bedah siasat mendapati Mutiara mungkin didera secara fizikal oleh Sanima sebelum dia meninggal dunia kerana terdapat 23 kesan lebam di dada, leher, belakang dan punggungnya.

Jurucakap polis, Dharma Negara berkata:"Pasangan itu masing-masing duda dan janda, kemudian mereka berkahwin."

"Mereka mempunyai anak-anak hasil perkahwinan terdahulu. Anak-anak suspek bagaimanapun tidak begitu disenangi suaminya,"katanya.

Bapa Mutiara dilaporkan keluar bekerja semasa insiden berlaku dan bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan jirannya.

Sanima didakwa atas kesalahan membunuh dan boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tikam, pijak, anak tiri, maut, dera, Sanima, Mutiara

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan