SEORANG jururawat yang dikenakan tindakan disiplin kerana memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lutsinar sehingga menampakkan baju dan seluar dalamnya ditawarkan kontrak menjadi model. Gambar Nadia Zhukova, 23, yang bertugas di wad pesakit lelaki Covid-19 menjadi tular. Dia bagaimanapun dikenakan tindakan disiplin kerana tidak memakai PPE yang ditetapkan. Kini Nadia bukan saja berkhidmat sebagai jururawat tetapi juga model di sebuah syarikat pakaian sukan di Rusia. Pada masa sama, Nadia turut mengumumkan dia merancang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan. "Saya masih pelik bagaimana gambar ini boleh tersebar begitu pantas di Internet," katanya. Gambar tersebut dipercayai diambil salah seorang pesakit di wad dia bertugas. Sementara itu, pengasas jenama pakaian sukan ZASPORT, Anastasia Zadorina, 31, menganggap Nadia sebagai salah satu simbol era koronavirus. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!