SEORANG wanita mendakwa dicabul abang kandungnya ketika dia sedang tidur. Menurut mangsa yang menetap di Queensland, Australia, dia menjemput abangnya datang ke rumah untuk memotong rumput pada Jumaat lalu. Sewaktu tersedar dari tidur, dia menyedari dirinya sudah dicabul suspek, kata wanita itu dalam satu laporan. Malah, dia sekali lagi dicabul sewaktu suspek berjalan keluar rumah untuk memotong rumput. Berang dengan kejadian itu, dia membuat panggilan telefon kepada polis sebelum suspek ditahan di perkarangan rumah. Difahamkan, polis telah menjalankan soal siasat dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!