suria

Kembar tiga baharu dilahirkan sah positif Covid-19, pakar perubatan sedang siasat sama ada virus tular melalui plasenta

Salah seorang daripada kembar tiga itu sedang menerima rawatan berkaitan pernafasan, manakala dua yang lain dilaporkan stabil. Foto: Getty Images

BAYI kembar tiga di Mexico yang baharu dilahirkan disahkan positif untuk wabak Covid-19.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, kes seumpama itu belum pernah terjadi sebelum ini justeru pakar perubatan sedang menyiasat sama ada virus itu ditularkan melalui plasenta ibu ketika kehamilan.

Dua daripada kembar tersebut, seorang bayi lelaki dan seorang perempuan, berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di San Luis Potosí.

Bagaimanapun kembar ketiga yang merupakan bayi lelaki sedang menerima rawatan berkaitan pernafasan.

Sebilangan kecil bayi yang baharu lahir diketahui mendapat jangkitan selepas kelahiran, namun ia berbeza dengan kes kelahiran kembar tiga ini.

Walau bagaimanapun, ibu bapa kembar tiga itu sudah menjalani ujian, dengan pihak berkuasa mengatakan mereka mungkin tidak mempunyai simptom.

Mexico telah mencatatkan lebih daripada 185,000 kes Covid-19 dengan angka korban berjumlah 22,584 dicatatkan sejak kes pertama di negara itu dikesan pada 28 Februari. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kembar tiga, Covid-19

Artikel Lain