suria

Polis buru wanita warga emas sengaja batuk depan bayi hingga demam

Warga emas tersebut sedang diburu polis.

SEORANG bayi lelaki mengalami demam panas selepas seorang warga emas sengaja batuk di depannya di dalam sebuah kafe.

Menurut ibu mangsa, MIreya Moya, insiden itu berlaku di Yogurtland Cafe dekat San Jose, California pada 12 Jun lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita warga emas itu batuk di depan bayi lelaki berusia setahun itu sebanyak tiga kali.

Polis berkata wanita tersebut kecewa dengan sikap keluarga Moya yang gagal mengekalkan penjarakkan sosial.

"Batuk di depan muka seseorang. Dia melakukannya secara sengaja.

"Ia berlaku dengan pantas, saya amat terkejut. Dia menghampiri anak saya, buka topeng muka dan batuk di depan muka anak saya," katanya.

Moya masih belum membawa anaknya itu untuk menjalani ujian saringan Covid-19 walaupun dia semakin beransur pulih daripada demam.

Wanita warga emas itu meninggalkan kafe tersebut dengan segera selepas insiden itu dan kini diburu polis. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

batuk, demam, Covid-19

Artikel Lain