suria

Rumah Opera Barcelona buat persembahan depan ribuan pokok, rai tamatnya perintah berkurung

Pemuzik melakukan persembahan di hadapan ribuan pokok.

BUKAN sesuatu yang luar biasa tiket persembahan di Rumah Opera Barcelona, Gran Teatre de Liceu habis terjual.

Tetapi kali ini pemuzik melakukan persembahan di hadapan penonton 'unik' pada Isnin sebagai tanda berakhirnya perintah berkurung di Sepanyol.

Penonton 'unik' itu merupakan ribuan pokok yang memenuhi tempat duduk di dalam dewan.

Acara itu merupakan idea seniman konseptual Eugenio Ampudia dan termasuk persembahan dari UceLI Quartet.

Kira-kira 2,292 pokok disusun di ruang teater itu ketika Uceli Quartet melakukan persembahan "Crisantemi" Puccini.

Meskipun tiada kehadiran pengunjung, mereka menyaksikan persembahan itu menerusi siaran secara langsung.

Rumah opera terkenal itu dalam satu kenyataan berkata:”Mereka mengalu-alukan tindakan yang sangat simbolik yang mempertahankan nilai seni, muzik dan alam semula jadi sebagai mesej untuk memulakan aktiviti persembahan.”

Semua pokok tersebut dibawa dari nurseri berdekatan dan setiap satu akan didermakan kepada kakitangan perubatan di Klinik Hospital Barcelona. - CNN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain