SEORANG pemuda yang dilahirkan tanpa kaki memasang impian untuk menjadi atlet gusti gaya bebas Olimpik. Zion Clark, 22, dilahirkan dengan kelainan genetik yang jarang berlaku dikenali sebagai Caudal Regression Syndrome yang membantutkan perkembangan sebahagian tulang belakang. Namun ahli gusti kelahiran Ohio itu membuktikan kekurangan bukan halangan untuk mengejar cita-citanya. Dan kini dia tampil dalam dokumentari Netflix yang menceritakan mengenai kehidupannya. Ketika membesar di rumah kebajikan, Zion sering dibuli kanak-kanak lain kerana tidak mempunyai kaki. Namun ibu angkatnya, Kimberlii sentiasa memberi dorongan kepadanya untuk berjinak-jinak dalam sukan tersebut sejak kecil lagi. "Saya mula terlibat dalam gusti semasa gred dua. Ketika saya masih kecil, perlawanan pertama saya, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan begitu juga lawan saya. "Ada beberapa budak takut untuk berlawan dengan saya. Saya juga begitu. Saya tidak tahu apa yang saya perlu lakukan," katanya kepada Daily Mai. Zion kini menyambung pengajiannya di peringkat universiti dan pada masa sama meneruskan latihan demi mengejar cita-cita sebagai ahli gusti berjaya. "Impian saya untuk menyertai pasukan Olimpik dan menjadi salah seorang ahli gusti gaya bebas terbaik di dunia," katanya. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!