SEORANG remaja dikejutkan dengan perubahan wajahnnya selepas menjalani rawatan kosmetik bagi membuat lebihan lemak di bahagian dagu. Kesannya, wajahnya berbentuk petak. Sofia Marroquin, dari Australia, menjalani rawatan kosmetik dan berkongsi penampilan terbaharunya di media sosial. Rawatan itu melibatkan teknik suntikan bukan pembedahan yang popular digunakan untuk mengurangkan lemak berlebihan di bahagian pipi dan rahang. Wajah Sofia sebelum rawatan kosmetik. Foto Sofia Marroquin/TikTok Namun malangnya, rawatan itu menyebabkan rahangnya membengkak sehingga meninggalkan kesan, menjadikan wajahnya bersegi, sehingga netizen mengaitkannya dengan watak kartun Shrek atau Buzz Lightyear. Menerusi klip video, dia berkata: "Baru lepas ambil suntikan pada wajah saya. "Keluarga tak tahu apa yang telah saya lakukan, dan saya mahu tahu apakah reaksi mereka," katanya. Keluarganya kemudian amat terkejut dengan perubahan wajahnya, dan reaksi itu dimuat naik di aplikasi TikTok sehingga meraih 3.6 juta tontonan. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!