suria

Budak kelaparan dikurung dalam kandang anjing, dikelilingi 700 haiwan termasuk ular

Seorang kanak-kanak ditemui dikurung dalam kandang. Foto Henry County Sheriff's Office

SEORANG kanak-kanak ditemui dikurung dalam sebuah kandang anjing, dan dikelilingi oleh ratusan haiwan yang tidak dijaga baik.

Penemuan itu turut membongkarkan aktiviti sebuah keluarga menanam ganja dan memelihara haiwan untuk dijual.

Polis menemui kanak-kanak itu dalam satu operasi menyelamatkan haiwan di Henry County, Tennessee di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Ibu kepada kanak-kanak itu, berusia 42 tahun, bapa tirinya, 46, dan datuknya, 62, ditahan dan berhadapan dengan pelbagai pertuduhan.

Bercakap pada sidang media pada Jumaat, Henry County Sheriff Monte Belew berkata, selain kanak-kanak itu, turut ditemui adalah lapan ular, 56 anjing, 10 arnab, 86 ayam, seekor cicak, termasuk 531 tikus dan hamster.

"Di ruang tamu, ada anak yang dikurung, ada lapan ekor ular dan makanan ular itu berdekatan dengan kandang kanak-kanak itu.

"Lapan ular di ruangan yang sama, lalu tikus berlari ke mana-mana," katanya.



Seorang kanak-kanak ditemui di dalam kandang dikelilingi oleh 700 ekor haiwan. Foto Henry County Sheriff's Office

Belew menambah, kanak-kanak itu didapati menghabiskan sebahagian besar hidupnya di dalam kandang.

"Sungguh menyedihkan melihat keadaan tempat tinggal anak ini. Tidak ada apa-apa untuk kanak-kanak itu di luar kandangnya di rumah itu.

"Semua mainannya ada bersamanya. Tidak ada mainan lain, tidak ada buaian, tidak ada selimut untuknya," katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa terdapat sampah dan makanan di atas kandang yang menempatkan kanak-kanak itu.

"Dan anda dapat mengetahui bila seorang kanak-kanak kelaparan," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain