suria

Kerana kemaruk ‘like’, lelaki berenang dalam akuarium besar di kedai untuk video TikTok

Sebuah akuarium besar di kedai bekalan barangan outdoor di Louisiana. Foto Daily Star

SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat (AS) didakwa melakukan kerosakan harta benda selepas bertindak berenang di sebuah akuarium besar.

Lelaki yang berasal dari Louisiana itu tular menerusi video aplikasi TikTok selepas dirakamkan berenang di sebuah akuarium.

Kejadian berlaku di salah satu cawangan kedai bekalan barangan untuk aktiviti luar (outdoor).

Menurut Jabatan Polis Bandar Bossier, Kevin Wise, 26, dari Slidell, ditahan pada minggu lalu atas tuduhan kerosakan jenayah harta benda.

Fox News melaporkan bahawa Wise ke sebuah tangki di premis berkenaan, sebagai sebahagian daripada aksinya untuk mendapatkan 'tanda suka' (likes) di media sosial.

KSLA-TV pula melaporkan bahawa Wise berkata sesuatu susulan penahanannya: "Saya kata jika saya dapat 2,000 likes, saya akan terjun ke dalam tangki.

"Saya dapat lebih dari itu dan tidak mahu menjadi penipu."

Video aksi tersebut disiarkan oleh pengguna bernama Treasure McGraw, yang didakwa menunjukkan Wise berenang secara naik dan turun dalam sebuah tangki kaca yang besar.

Dia kemudian kelihatan keluar dalam keadaan basah kuyup sebelum beredar keluar dari kedai. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TikTok, akuarium,

Artikel Lain