DUA pelanggan lelaki mencederakan seorang pembantu kedai berusia 61 tahun setelah permintaan mereka tidak dilayan. Menerusi kejadian di Glasgow, Scotland, Zahir Dar, 61, dipukul menggunakan botol kaca pada wajah. Dia diperlakukan sedemikian selepas tidak menghiraukan permintaan dua lelaki itu agar memasak mi segera untuk mereka. Menerusi kejadian pada April, ia bukan sahaja menyebabkan kecederaan malah membuatkan mangsa menjadi trauma. Lebih parah, mangsa turut mengalami keretakan rahang. Pelaku tersebut, Daniel Harley, 19, didakwa memukul mangsa dengan botol kaca sebelum Robbie Graham, 21, memukul mangsa sekali lagi. Kedua-dua pelaku juga sudah ditahan pihak berkuasa. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!